Tuesday, 29 November 2011

inai oh inai


Hukum Pemakaian Inai Bercorak

Mengikut Syarak


Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


Pertama:
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Kedua:
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Ketiga:
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.



more info





hehehe

^_^

bye

Thursday, 24 November 2011

tahniah


tahniah untuk mereka

love




semoga berbahagia hingga ke akhir hayat


bila anda demam....


korang mesti pernah demam kan?
tipu la kalau tak pernah
sedangkan khairul fahmi pun demam
badrol & fakri pun demam
ni kan korang
hehehe

perasan tak kalau kita demam, kita akan jadi macam orang lain

kalau before demam korang jenis independent
tapi kalau demam, mesti korang tukar jadi dependent

kalau before demam korang tak manja
tapi kalau demam, mesti korang tukar jadi manja mengalahkan bayi

kalau before demam korang tak suka makan tu ini
tapi kalau demam, mesti korang nak rasa benda tu...teringin kata nya

ada x??

tak banyak mesti ada kan

lagi-lagi kalau lelaki
si suami and si boyfriend

memang letih la si isteri or si girlfriend nak melayan karenah

kan? kan?


tapi itulah manusia
tak banyak sikit mesti sama
macam tu jugak cb
hehehe

mesti tidur nak merengek
panas la
sejuk la
nak tu la nak ni la
kesian mam dengan pa
hehe

anyway
thank you mam & pa
sebab penat jaga dari kecik sampai la besar ni



-mood-

masih di kondisi demam
T_T

Wednesday, 23 November 2011

my day....


hari-hari kita pasti akan tempuhi berbagai2 dugaan
pada yang dah bekerja, pasti banyak kerja2 yang dipertanggungjawab ke atas diri anda
bagi yang masih belajar tu pulak, berlambak la dengan assgnment smua, exam mid term la quiz la itu ini
pada yang suri rumah, sapa cakap depa takdak keja...depa lagi bz tau hehe

yang xbusy hanya
 mereka2 yang mmg xda keja
atau
pada bayi2 atau budak2 kecik yang mmg tak tau nak bt apa
hehehe

tapi semua keja2 tu berguna
sapa kata kalau kita busy kita xcukup masa
masa tu Allah dah bagi complete 24 jam sehari
pdaah sangat la kalau tak cukup
dah kalau hangpa dok maen fb 6jam
dok makan 3 jam
men hp plus gosip2 3 4 jam mana nak cukup untuk buat keja
hang pa kena faham la
Allah hanya bagi kita masa
tapi kita yang kena bijak dok atuq depa semua

displin tu penting
kalau hang pa nak berjaya!

tettt....
intro saja ja ni
padahal saat ni cb pun tak displin
so for this entry saja-saja la cb nak share apa cb buat 2 minggu ni
memang terasa 24 jam sehari tu tak cukup nak settle semua

nak tau?

hehehe

jom

TUES (17hb)

morning
pagi LAB macam biasa
marah2 student sikit, lecture sikit and check emel
tanda paper exam student

lunch
su ai (pegawai translator) baru send back journal cb yang cb bagi die hari isnin
cb edit-edit dent past kat my supervisor DR.BAS untuk dia doble check

balik rumah
masak dinner
dan buat tempahan cup cake
12 untuk ecah
12 untuk yan

tah pukul brape cb siap agaknya...tak perasan pun

ZZZzzz

FRI (18hb)

LAB macam biasa
bla..bla...

Dr.Bas : Syarina, saya nak jumpa awak lepas ni
cb : ok doc
Dr.Bas : hari isnin ni saya takde,awak ganti saya bg lecture class
cb : ok doc

pastu bertukus lumus cari mana la plak teks book ni...aiyoooo
seb bek topic word,so peanut goreng je la hahaha

malam

study
ZZzzzz

SAT (19hb)

pagi
gerak ke muar
outstation

(dalam masa yg sama ade BFF kawen kat muar jgk,syg xsempat pg)

kul7 sampai KL, mandi2 siap2 terus pg wedd BFF lagi sorang
function start kul8-8.30, cb still xda baju nak pakai

last2 selambe je cb mem mixkan baju2 ape yg ade
taraaa...

baju kebaya mam masa muda-muda dlu (cb kebas since umo 14 kot)
skirt mam buat tok pg KOKO ms sek menengah dulu
belt harga RM10 kat the mines
kerongsang murah 3 RM10 kat pasar malam putrajaya (mam belikan)
shawl murah harga RM5

hehe
JIMAT & actually takde masa nak g usya2 kat kedai

kul12 gak sampai rumah dent
ZZZZZ

SUN (20hb)

kak In kejut ajak g dusun UPM, dia bangun awal dah siap masak pulut smua cakap nak makan ramai2 kat kolej...cb pun bangun la..pakai la lawa2 sebab terfikir nak celebrate die skali

mula-mula g dusun durian, beli la 6 biji = RM24
pastu FF call cakap nak rambutan plak
so pergi la cb dgn kak In kat dusun rambutan
igtkan dorang dah petikkan...skali hambek kau
kena ambil sendiri kat pokok
cb dah la dengan hill dress bagai

lantak la
semua org pandang
so lepas tu makan la reramai

kul2
drive g alamanda
lunch dekat NANDO's

tengah2 makan cb mintak excuse nak g toilet
FF pun join so tggl lah Kak In swg2

hehe..tp sebenarnya kami pg beli kan die kek
usya punya usya beli la kek baskin robin
celebrate sebab die dapat emas tok sea game baru ni

so lepas makan, kami tengok wayang..giler berbulan cb tak tengok wayang hehe
so macam tu la habisnya hari ahad cb

MON (21hb)

masuk class, student semua terkejut..
aikk!!!
dr mana???
tanpa hiraukan persoalan mereka
cb terus mulakan sesi pembelajaran
heehehe

habis klas tapau nasik n balik ofic
sampai2 je
BIG BOSS terus bagi keje
BB : aku dah emel record interview haritu kat emel ko, transkrip kan,kames petang aku nak
cb : bahek bos T_T

tak sampai 10 min BB blah, datang lagi plak

BB: second journal ko bt psl ape?
cb : hah? abg xsuruh pun
BB : urmmm...ko buat psl ape lagi ek?
cb : kalau nak buat, bt lg satu variable la..
BB : ok2...bt lg satu
cb : bahek bossss... T_T

balik umah
buat cupcake tok mahazan nye wife birthday

ZZZzzz..

TUES (22hb)
start buat transkrip
ada yg dengar ada yang tak dengar
lama-lama pening cb hehehe

tp tulah...tiba2 plak flu
badan jd panas
mata pedih je
cb tibe2 rasa nak demam

alaa......tamo la demam
last tak boleh blah, CB pun balik..mek MC

petang masa tengah tido
Dr.roziah call

DR : syarina, sy nak awak siapkan set final exam, jumaat dateline
cb : jumaat? dr.....minggu ni sy sibuk sikit la nak siapkan trnskrip Dr.sity.. (dengan harapan dr.roziah paham)
tp....tak pun
n cb terus cakap
takpelah dr,nanti dah siap saya emel dekat dr
DR : ok...tq

T_T

waa....dah la demam
keja banyak tak siap

transkrip lagi (Tues due)
final exam (Fri due)
Journal (Fri due)

WED (22hb)

cb tak larat
jadi cb mek cuti
keje dr rumah
siapkan transkrip sbb jumaat pagi diorang nak meeting

malam ni cb akan cuba siapkan final exam tu

dalam masa yang sama cb kene siapkan tempahan cup cake jgk malam ni

T_T

petang ni kene hantar kereta dekat abang
papa nak guna kereta
waaaa....

besok masuk office sekejap b4 tengahari gerak ke kedah

de function
harap kesihatan cb ok
sebab cb ada shoot orang kawen jumaat ni

waaa....


sorry la
cb bukan apa
nak luah perasaan
so kalau kalian semua ada banyak kerja
settlekan perlahan2

sup takda yang tertinggal

^_^
babai







Friday, 18 November 2011

sewel!!


___________________________________

dulu u remove i
now u block i pulak
u kalau nak buang i
terus terang je
jgn main macam ni
boleh gila bile fikir psl u
tau tak!!!!
___________________________________

sign
MAKCIK SEWEL
T_T

Tuesday, 15 November 2011

journal oh journal


rasa happy bila 1 daripada 3 perkara yang cb perlu completekan
 before hujung taun ni dah selesai

^_^

taraaa...

my journal
tgk tu !!!
1st name tau





kelasss kau mariaa
ni yg 1st
insyaallah cb akan writing lagi 2 artikel journal lagi

doakan cb ye
muaaaxxxx

......$#^&!~/:^^%$

___________

manusia boleh menjadi macam-macam
ada yang kita sendiri nak jadi
dan
ada yang kita terpaksa jadi

yang penting
jadilah diri sendiri

kalau kita cuba buat baik dengan org
tapi tetap dikata buat benda yang buruk
atau
terus untuk fikir dan ungkit benda-benda yang lepas
biarlah

kalau dia rasa dia sahaja yang betul
biarlah

memang lah kesalahan itu pernah ada
tapi
tak bermakna kita sentiasa akan melakukannya

wahai semua
kita ni manusia
manusia yg serba kekurangan
yang sentiasa dihimpit masalah dan dugaan
apa yang penting bagaimana untuk kita hadapi dan selesaikannya

fikirlah
kalau besok hari terakhir untuk kita hidup
ubahlah...
maafkanlah semua manusia yang pernah menyusahkan hidup kita
biar bila kita pergi nanti dia takkan rasa bersalah lagi
__________


Sunday, 13 November 2011

laman sosial

kadang-kadang laman sosial ni bagus
kadang-kadang ada jugak yang tak bagusnya

fungsi laman sosial
menurut
sharenaa.A.M (2011),


1# menjadi ruang melepaskan geram dengan memaki hamun org yang dituju
mencarut %^$##*" bagai sampai hati si yang dituju seperti disiat-siat pastu dicicah dgn perahan limau
perghhhh...pedih sioootttt

2#menjadi tempat mencari jodoh untuk calon suami or isteri
atau pun sebagai calon gf/bf
(skandal kontrak pun kdg2 senang gak nak jumpa)

3#menjadi perantara agenda perniagaan online iaitu untuk mereka-mereka yang gila bisnes & gila $$$$$

4#menjadi hobi di masa lapang
(bagi mereka-mereka yang xsuke keluar rumah dan bersosial dengan rakan-rakan)

5#ruang perantara bagi mereka2 yang pura2 benci si DIA, tapi sebenarnya gunakan laman sosial untuk ambil tau perkembangan, kire mcm STALKER la

6#tempat yg digunakan untuk mengetahui perkembangan ORG YG DISAYANGI bila duduk berjauhan

7#tempat nak check in location supaya nak orang tau semua ttg pergerakan kita

8#menjadi tempat lelaki/perempuan durjana yg nak menipu untuk mencari mangsa
(merogol,merompak,mengedar dadah dll....contoh tujuan penipuan)

9#alat perantara untuk berhubung ketika berjauhan (nak jimat kredit sgt)
cth;
itali - malaysia
penang - kl
kg.semarak I - kg.samarak II
rumah no.12 - no.13
rumet lain2 katil
(jauh la sgt kan)

10#laman sosial pun dah namanya sosial
so tempat bersosial la
tempat berchatting
bergosip
berkongsi masalah
suka & duka


so
baik dan xbaiknya laman sosial ni
semua bergantung pada individu itu sendiri

_______________________________

mood

cb baru sedar someone special dlm hdp cb dah unfriend dgn cb
sedih menusuk kalbu
hujan kat luar rumah
dalam rumah skali hujan
T_T

I MISS YOU
kenapa buat mcm tu
laman sosial je yang saya ada untuk follow perkembangan kamu
nak rasa senyum di setiap pagi saat bukak hencek laman sosial ni
tgk page kamu

kamu...
kamu marah lagi?
kamu sedih lagi?
kamu rasa pedih lagi?

padamkanlah semua tu
kamu kan dah ade semua
kamu selalu happy dgn kawan2 kamu di laman sosial
saya suka tgk kamu begitu

walaupun kadang2 ade rasa cemburu
tp saya tahu itu bukan hak saya
jadi saya pujuk hati saya
cool
relax
tamo emo-emo
T_T

I MISS YOU
bile saya sedih ttg kamu
hanya hati saya yang tahu
sbb tu hati saya selalu berbeku

lama-lama kena barah hati
ngee**
^_^

Thursday, 10 November 2011

beraya lagi...

salam
entry kali ni lebih cool
motif?
hahaha
yelah
entry before ini agak ter EMO kan
so forget it !
mari kita berhari-raya

yeay
yeay
yeay

dan

yeay


hari raya korban baru ni cb n family beraya di johor
banyak cite tak best..actually seminggu dua ni cb selalu kene migrain so pagi jumaat tu patutnya cb pg putrajaya amek mam,pa & dd...tp tibe2 pening & sakit sgt kepala ni

dd : hey gurl..where r u hah?
cb : got migrain lol.rest jap...jap g ek b amek
dd : r u ok dear?
cb : ok je....
so lepas cb rs macam dah ok sikit, cb pun drive ke putrajaya amek mereka2 tersebut

so dalam kul3 cmtu we olls pun bertolak ke jb
cb drive dari kl-pagoh
dent stop makan-makan jap kat R&R pagoh sebelum pa take over sbg driver
^_^
cb apa lagi
kroh..krohh plus berangan2 la kan kat sit blakang
SYOK TUuuuu

sampai2 umah nenek, we olls smua bantai tidoq sbb terlalu kepenatan ngee**
so pagi esoknya la kami baru beroperasi mengemas umah nenek yg dah sebulan ditinggalkan

mam: cuci peti
pa: kemas luar rumah
dd : kemas pinggan mangkuk + dapur
cb: kemas ruang tamu,vacum + tolong dd

nenek??
nenek jadi captain
ai..ai...captain!

so nak jadi crite masa cb and dd kemas2 umah nenek
kami jumpa something

nak tau pe?

nak tau?

betul nak tau??

hehehe


cb terjumpe spec arwah atok
dah dekat 5 tahun atok pergi
tersangat rindu

cb janji akan simpan spec ni atok
PROMISE

T_T

_________________________

lain2 kat bawah ni semua snap masa raya haji haritu

kami beraya berlima aje
abg beraya kat kampung kakak kat banting, selangor



ini nenek cb
(mak kepada mak cb)
nenek tak berapa sihat, so sebulan nenek tinggal dgan mam b4 raya haji ritu


ni plak mam dengan pa
(eleh..men kissing2 plak)

I LOVE YOU


and
cb & pa


and last
sure la

CB & DD a.k.a mch/ bibik
die xjadi bibik mam dah sekarang sebab die dah kerja kt NASOM, Kuantan

good luck dear



hehehe
ni special sikit
tah anak sapa la agaknya ni
^_^



Wednesday, 9 November 2011

surat terakhir...

salam...

buat yang tersayang, mungkin saat kau baca surat ini aku pasti bukan lagi di hati kau.dan juga mungkin dah berada jauh dari mata dan ingatan kau...maaf andai coretan berjela yang bakal kau baca ini akan mnguris hati kau...tapi ini je cara yg aku ada untuk aku luahkan semuanya sebelum aku benar-benar pergi dan lepaskan kau.

sayang...
adakah kau masih ingat saat pertama kali kau dan aku bersua..waktu tu aku hanya mengenali kau hanya sbg kawan kepada abang aku.tak lbh dr itu.kau juga xmengenali aku.tp sayang,kau percaya tak..otw blk tu aku tnya siapa nama kau.ms tu aku hanya boleh kata dlm hati...

"owh..kau ke tuttt...yg sllu abg dok cte2 tu''

sayang...
lepas tu kerap jgk aku dgr crite ttg kau.sampailah satu hari...kau muncul dpn aku.abang kate kau dah single.so sbb tu agaknya kau mula mencari kawan baru.aku suka cara kau sayang.kau setia...sejak dari tu hari2 aku berubah menjadi seperti pelangi di langit yg muncul saat selepas hujan turun.bahagia sayang.tapi kau tak tahu...

sayang....
saat pertama kite berdating...kite hanya dating kat kedai mamak je.kau order roti canai dan aku order roti bakar.tapi kenangan itu xpernah aku buat sebelum ni...kalau kau perasan,mata aku xberani bertentang dgn kau.itu petanda pertama....tp kau xprasan.

sayang...
sejak tu nama kau sllu ada di bibir aku..tiap saat aku rindu.tapi kau xtahu.pada aku kalau aku ckp pasti kau jd xtentu..aku taknak kau gelisah kerana aku rindu..sayang,kau tahu..setiap kali kau mms pic kau.mesti aku tersenyum...alahai rindunya.tapi aku taknak jumpa selalu...aku takut nanti kau jemu.

sayang...
walaupun kita xselalu kluar..tp aku ingat semuanya.kau ingat? rasanya xkot...tiket wayang kite berdua masih rapi dalam simpananku..kad ucapan comel yang kau hadiahkan beserta bunga waktu hari jadi aku masih aku simpan...kadnya kecil,tapi ayatnya bermakna..terima kasih sayang.itu 1st time dapat bunga.tapi kau xtahu..

sayang...
kau lelaki kedua yang berkesempatan jumpa mak dan ayah aku.prinsip hidup aku.lelaki yang jmpa mak dan ayah aku tu bukan calang-calang...paling tidak mesti ada istimewanya dia berbanding yg lain.kau tak tahu buka puasa tu aku yang planning....

sayang...
satu hari kau tiba-tiba diamkan diri...rupa2nya kau berkecil hati.
kau kate aku hanya cari kau bile aku sendiri,bila aku sedih....tak sayang!..tak betul tu.mungkin pada kau aku begitu,tp sebenar2nya kau lah insan yang amat penting dlm hidup aku sayang.bahu kau yang sentiasa aku perlukan saat aku sedih.pujukan manja kau yang aku damba saat aku stress dan tertekan.kau xtahu semua tu...malam tu puas aku terangkan knp aku taknak serius dgn kau.sampai nangis2 aku explain..tp alhamdulillah kau faham...kau janji kau tggu aku.tuhan yg tahu masa tu perasaan aku....bersyukur aku sbb kau terlalu memahami aku....

sayang...
bila waktu dan masa nya tiba...aku berusaha untuk menjadikan hari yang bermakna antara kita sebagai hari paling indah di abad ini....aku berusaha menahan mulut jahat aku ni dari berterus-terang...payah kau tahu sayang.tak sabarnya nak bagi tau kau...''sayang,i ready to be ur love'' dari hari ke hari aku bersabar...aku pujuk hati ni untuk simpan rahsia sehinggalah smpi hari yang aku plan.

sayang...
allah tu maha berkuasa.betul kata org.kita hanya mampu merancang,tp tuhan yang menentukannya.walaupun mmg hati aku sejak 2 menjak tu xbrape sedap..tp aku percayakan kau sayang.aku pegang kata kau yg kau tunggu aku...tp hari yang dinanti akhirnya tiba..kau berterus terang yang hati kau kini dah kau serah pada insan lain...ya allah,masa tu aku bertahan untuk tidak mengalirkan air mata depan kau.tapi gagal.....aku menangis jugak dan aku luahkan semua planning aku untuk suprise kan kau tu...tak sangka sayang...sedih.tp aku redha..hari tu berakhir dengan seribu kisah sedih antara kau dan aku.apa yang terjadi hari tu akan terus tersemat di hati aku sampai bila2 dan aku berharap kau jugak akan mengingatinya...

sayang...
kau berjanji..kau akan menghargai aku sebagai kawan..bersumpah untuk menghargai semua itu selama-lamanya....tp hari ini..selepas apa yang aku lalui..kau putuskan dan berharap untuk tidak mahu berjumpa aku lagi..sekali lagi sayang...kaki yang semakin kuat utk melangkah ini,kau limpahkan dengan air mata...aku jatuh sekali lagi sayang.kau tak tahu.....

sayang....
aku mungkin berbeza dengan perempuan yang pernah kau kenal..
aku tak suka buat orang kecewa kerana dipermainkan aku...
aku tak sanggup ambil risiko sekiranya aku tahu aku xmampu beri seluruh hati dan jiwaku..
ada perkara yang perlu aku dahulukan, ada yang perlu aku selesaikan...sepertimana yang aku janji..itu yg aku akan tunaikan..dulu aku mengaku aku sayangkan kau.kau sendiri tahu,hanya kau lelaki dalam hidup aku..tp terus terang aku minta masa untuk aku laksanakan semuanya dlu.Insyaallah aku kata,aku setia menyintai kau sayang..

tapi itulah realiti hidup
kau pergi juga...

aku redha..
aku pasrah...
andai ini ketentuan hidup aku..
aku perlu belajar untuk bangkit semula..
semoga doa aku dimakbulkan ALLAH s.wt..

YA ALLAH, KUATKANLAH DIRIKU UNTUK MEMADAMKAN CINTA KU PADANYA.......amin

dengan nama ALLAH yang maha ESA.....hari ini 9.11.2011...aku lepaskan kau dari hati aku ~

maafkan aku..halalkan semua kasih sayang yang pernah kau hadiahkan pada aku dulu...
berbahagialah kau sayang...aku akan sentiasa mendoakan kau..
yang benar,
yang pernah dicintai kau...


video


p/s: surat nukilan dari sape tah la...ikut suka kot.cb share sbb xde cite nak story kt blog
^_^

wink
sowiii ek

bye