Friday 23 December 2011

Rezeki.....





Mood : Alhamdulillah.....



Rahsia si TAHI LALAT


hye u olls seme

sihat ker?? cb sihat alhamdulillah...syukuurrrrr
^_^
sebenarnya ada satu perkara yg cb br tersedar 2 3 bulan ni
mcm yg u olls tau, cb mmg suka amik pic sendiri kan.
so satu hari..lps cb snap snap 2 3 pic....dent cb view,,,
aik!!!!

ade something je kt muke i ni
(cewahhh)
jeng..jeng...jeng...

sekali u olls nak tau ape?
since 25 thn cb hdp ni,npe baru haritu cb prasan cb ade tahi lalat kat pp
sizenye kecil...tp pd mata kasar cb sebenarnya agak besa la jgk
hehehe

knp sebelum ni xpernah prasan?
betul k org kata kita BUSUK sbb tu lalat berry kat kite lantas tercetus lah tahinya???
betul ke?

apa-apapun, cb nak share rahsia tahi lalat kt u olss seme
jom check tahi lalat masing-masing jom

******************************************************************


this is TAHI LALAT

1. Tahi Lalat di kepala
  • Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.

2. Tahi lalat di ubun kepala
  • Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Tahi lalat di dahi
  • Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.
4. Tahi lalat di bulu kening kiri
  • Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5. Tahi lalat di bulu kening kanan
  • Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6. Tahi lalat di bawah mata (CB ADA SATU belah kiri).....
  • Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7. Tahi lalat di hidung
  • Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan (CB ADA SATU belah kiri).....
  • Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.
9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)
  • Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.
10. Tahi lalat di alur dagu
  • Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.
11. Tahi lalat di telinga (CB ADA SATU belah kanan).....
  • Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.
12. Tahi lalat di tengkuk (CB ADA SATU) betul-betul tengah2 tengkuk....
  • Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
13. Tahi lalat di leher (CB ADA SATU)....
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Tahi lalat di bahu kiri
  • Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.
15. Tahi lalat di bahu kanan
  • Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.
16. Tahi lalat di dada
  • Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.
17. Tahi lalat di belakang badan
  • Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Tahi lalat di bawah payudara
  • Hidupnya jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian ramai.
19. Tahi lalat di atas pusat
  • Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.
20. Tahi lalat di bawah perut
  • Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).
21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
  • Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
22. Tahi lalat di betis
  • Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.
23. Tahi lalat di kaki
  • Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.
24. Tahi lalat di tangan kiri (CB ADA SATU)
  • Dipermudah rezekinya.
25. Tahi lalat di tangan kanan
  • Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.
26. Tahi lalat di pinggang
  • Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.
27. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
  • Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.
28. Tahi lalat atas bibir, di bibir
  • Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru

***********************************************************************

apa yang dapat disimpulkan
cb ni seorang yang

Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi. Walaubagaimanapun, dia sedikit “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’. Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima. Selain itu, mengharungi  banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress. Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak. Namun begitu, dalam kepayahan hidup yg dilalui, dia sering dipermudah rezekinya.


tp dimana kebenarannya....mai la kenai cb hehehe

apa-apa pun berbalik pd perbincangan kita yg pertama td..cewahh...ala psl tahi lalat br perasan tu
cer u olls bayangkan kan ek...
senang cite cb bg gambar la suh u olls bayang

1# tahi lalat yg sekecil ini akan membesar....

2# dan terus membesarrrr.....

 3# membesar jadi macam ni dan,,,,,seterusnya....

4# jadi MR.CHU???????waaaa....tanakkkkk

hehehe

wish me luck ok
hopefully de tahi cannot dev seperti Mr.Chu la kan..kan..
hehe
sesaje entry ni tok fun2

bai bai

Monday 19 December 2011

koleksi bertambah ^_^


 
mana-mana u'olls yg tau cb suke mengumpul key chain, entry ni just nak share koleksi terbaru cb.
super osem bile org pergi haneymoon, pg vacation or pg outstation tibe-tibe balik terus

call
"biey,i de beli u keychain''

or

sms
"yayang,ade keychain tau...nnt jumpe ok"

syokkk wooo
memang la keychain tu rege dia ciput tettt... je

tp pada pengumpul keychain kayak gue ini..harus perasaannya happy bangat dong
(eh..indon plak)
hehehe


selalu kalau entry tentang keychain mst cb just upload pin keychain aje
tp kali ni cb upload pic keychain n tuan yg baginya skali sebagai tanda terima kasih yg tak terhingga
^_^


beliau adalah Nuraini Abd Rashid, tp cb panggil dia adik je
jersi no.13 player hockey malaysia
die belikan cb keychain Australia ms die training kat sana sebulan
tapi suprise sebab die bukan je beli keychain aje..tp 2 frezeer magnet..bila tanya kenapa bagi banyak sgt..die jawab seme cantik...tak tau nk pilih..jadi die beli la semua hehe
per2 tq dear



******************************************

ini pulak NURSABILA...my officemate.die reseacher mcm cb jugak so selalu la kesana kemari pergi collect data...so last month die pg cameron..so die balik die suh cb pilih...wahhh...suke suke..banyak sgt keychain..bentuk sayur ade..buah ade...tp cb pilih 'strawberry' sebab nampak sikit cameron nye kan

neway thanks yayang




***********************************

yang ini pulak mesti la kalian kenai kan...kalau sapa suka sukan tu might be kenai..mana xkenai meh cb kenaikan..hehe...ni la ROSLINDA SAMSU a.k.a Cik In
beliau belikan keychain ni masa beliau pergi sea game kat pelembang, Indonesia bln 11 ritu
melampau kan pic beliau ni
ape2 pun thanks babe + cogrates sbb dapat maintain gold medal tok kali ke-4




***************************************************
hah....ni PAPA sy.hehe....acah aje..PAPA sy gumuk sikit.ni la my supervisor a.k.a ayah angkat.nama beliau adalah PROF.MADYA.DR BAHAMAN ABU SAMAH...sgt PRO dalam statistik...dat y cb pun power..pergghhh...blagak siot.key chain ni actually student beliau yg bagi dari Nigeria..tp memandangkan bilik beliau tersangat penuh dengan jurnal & barang-barang cederhati lain...beliau mentransfer pemberian tersebut kepada cb...syokkk kan..hehe

tq doc



****************************************************
comel kan gadis di bawah ini
namanya

NORAZIAN
a.k.a
YAN

pagi2 lg tgk atas meja ada keychain...wau tomeynya..
dunno from where...yan kate kwn die bg banyak dent die bg cb 1




***************************************************
ini musuh ketat cb..hehehe..namanya MAHAZAN..dah berumahtangga.
bukan la musuh sgt..die duduk berhadapan dengan meja b...so sllu mmg kami suke berlawan pendapat la..
bak kate orang ganu...sokmo baloh la..hehe
tp die ok..sllu tolong cb punch card klu cb balik awal
keychain die dr langkawi ms die outstation 3 hari kat sne..tq pokcik



*************************************************
bukan semua tau...tp hanya dat guy yg paling kanan tu a.k.a paling hensem hehe
namanya AKMAL...die student b...cb saje mngusik die kate nak mintak belanje sbb dpt imbuhan kan..skali die nak belanje btl...cpt2 cb tepis kate gurau je...xyah..beriya-iya die kte btl ni? hehe...ye lah..
die bg 2 keychain Jakarta...1 tu keychain London,ms tu dia training kt sne..die janji nnt kalau dpt baucer MPH dr KPT die bg cb..wah....syg lebih ni




ok la
penat dah..
nak smbung keyin data
berbayor tau
so kenalah berkaliber kerjenyeee

^_^



kemalangan lagi

hi guy
ase lama xmelakukan penulisan secara panjang lebar di sini..
urmmm

koje banyak??
ye kot
masa depan lappy banyak habiskan menaip jurnal, editing and thesis
untuk pengetahuan semua, cb tengah tunggu VIVA..bukan kete perodua viva secoet tu..tp ni VIVA, presentation untuk memastikan kita ni lulus ke idak..hehe
ah! malas la pk..nanti stress hehe


entry ni just nak share 1 benda yg jadi sabtu lepas


 T_T

u'olls ingat x last friday cb de TER (menekankan bahawasanya cb memamg xsengaja) LANGGAR punggong kete orang...dah la myvi 1.5 baru tu..pergghhhh....seb baek la syukur alhamdulillah kete cb a.k.a MR.KAKA tu tak ade ape2 but dent kete org tu pun sikit je...sikit xsikit sangat la...melayang jugak la RM130 cb membayo di kedai spray...waaaa.a...

so nak jadi citenya...sabtu lepas sedang sang kancil berjalan-jalan..eh..eh silap
sedang cb memarking (kuang ajo menukar ejaan) dengan kemasnya di parking lot...tibe2 jeng..jeng..

sreeeettttt..debumm (lebih kurang la bunyinya)
cb terasa gegaran kecil kayak gunung berapi hehehe
upe-upe2 ada satu kete ni reverse terlanggar MR.KAKA..cb pandang belakang kete tu blah..


wahhhh!!!!
suka suki mu langgar kete aku pahtu mu blah
(kecek kelate pulop)

cb mereversekan kete kuar dr parking lantas cb mengejar beliau
mentang2 kete beliau besar
cb hon..hon..hon.....sampai la di satu simpang beliau berhenti

fuhh...selamat..penat dah keja..(menggunakan kenderaan bukan keja sambil berlari)
beliau turun dan senyum

waahhhhh.boleh senyum lak tu
ish ish ish
ini bikin hati sedikit cool down la

"sorry dik, tak perasan"
"aku xkisah la ko perasan ke tak,yg ko langgar dent lari pehal..kalau xprasan asal turun2 kete ckp xprasan..tu prasan la sebenarnya kan"
(dunt worry....tu cb cakap dalam hati je)
cb masih mempunyai budi bahasa bila bercakap dengan orang tua

^_^

"xdalah cik..(dia pakcik dah ok), apa-apa pun kena ganti la even xsengaja or xprasan"
"xpelah cmtu kita jumpa kat petronas depan tu...sini kete lalu-lalang"
"ok"

beliau blah...n cb dengan rakus menyalin flat number kete die
(langkah-langkah keselamatan)

so
jumpalah kami di petronas
upenya die dah call siap-siap die nye claim advisor suh datang
ish....baya je la...bkn teruk sgt pun
(bisik dalam hati jugak)

so bila seme dah setle,claim advisor tu suh dtg bengkel hari isnin tok betulkan kete n spray...semua ditanggung oleh pakcik tersebut...

justeru itu, hari ini hari isnin...cb cuti sebab kete xde...hehe
jadi ada la masa nak update blog


ok bai bai

muxxx

Wednesday 14 December 2011

short entry

*************************
aku tau kau happy dik
aku selalu doakan kau di sana
- amin -
*************************

11.12.2011

Client : Man & Lina
Time : 12-4 pm
Date : 11.Disember.2011
Place : Kolej Kemahiran Tinggi Branang
Photographer : Fuad Topa
Asst : Biey

****************************************


















10.12.2011

Client : Afif & Munirah
Time : 8-11 malam
Date : 10.Disember.2011
Place : Banquet Hall, UPM
Photographer : Shahir
Asst : Biey

************************************