Friday 23 December 2011

Rahsia si TAHI LALAT


hye u olls seme

sihat ker?? cb sihat alhamdulillah...syukuurrrrr
^_^
sebenarnya ada satu perkara yg cb br tersedar 2 3 bulan ni
mcm yg u olls tau, cb mmg suka amik pic sendiri kan.
so satu hari..lps cb snap snap 2 3 pic....dent cb view,,,
aik!!!!

ade something je kt muke i ni
(cewahhh)
jeng..jeng...jeng...

sekali u olls nak tau ape?
since 25 thn cb hdp ni,npe baru haritu cb prasan cb ade tahi lalat kat pp
sizenye kecil...tp pd mata kasar cb sebenarnya agak besa la jgk
hehehe

knp sebelum ni xpernah prasan?
betul k org kata kita BUSUK sbb tu lalat berry kat kite lantas tercetus lah tahinya???
betul ke?

apa-apapun, cb nak share rahsia tahi lalat kt u olss seme
jom check tahi lalat masing-masing jom

******************************************************************


this is TAHI LALAT

1. Tahi Lalat di kepala
  • Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.

2. Tahi lalat di ubun kepala
  • Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Tahi lalat di dahi
  • Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.
4. Tahi lalat di bulu kening kiri
  • Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5. Tahi lalat di bulu kening kanan
  • Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6. Tahi lalat di bawah mata (CB ADA SATU belah kiri).....
  • Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7. Tahi lalat di hidung
  • Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan (CB ADA SATU belah kiri).....
  • Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.
9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)
  • Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.
10. Tahi lalat di alur dagu
  • Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.
11. Tahi lalat di telinga (CB ADA SATU belah kanan).....
  • Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.
12. Tahi lalat di tengkuk (CB ADA SATU) betul-betul tengah2 tengkuk....
  • Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
13. Tahi lalat di leher (CB ADA SATU)....
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Tahi lalat di bahu kiri
  • Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.
15. Tahi lalat di bahu kanan
  • Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.
16. Tahi lalat di dada
  • Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.
17. Tahi lalat di belakang badan
  • Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Tahi lalat di bawah payudara
  • Hidupnya jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian ramai.
19. Tahi lalat di atas pusat
  • Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.
20. Tahi lalat di bawah perut
  • Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).
21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
  • Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
22. Tahi lalat di betis
  • Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.
23. Tahi lalat di kaki
  • Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.
24. Tahi lalat di tangan kiri (CB ADA SATU)
  • Dipermudah rezekinya.
25. Tahi lalat di tangan kanan
  • Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.
26. Tahi lalat di pinggang
  • Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.
27. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
  • Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.
28. Tahi lalat atas bibir, di bibir
  • Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru

***********************************************************************

apa yang dapat disimpulkan
cb ni seorang yang

Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi. Walaubagaimanapun, dia sedikit “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’. Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima. Selain itu, mengharungi  banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress. Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak. Namun begitu, dalam kepayahan hidup yg dilalui, dia sering dipermudah rezekinya.


tp dimana kebenarannya....mai la kenai cb hehehe

apa-apa pun berbalik pd perbincangan kita yg pertama td..cewahh...ala psl tahi lalat br perasan tu
cer u olls bayangkan kan ek...
senang cite cb bg gambar la suh u olls bayang

1# tahi lalat yg sekecil ini akan membesar....

2# dan terus membesarrrr.....

 3# membesar jadi macam ni dan,,,,,seterusnya....

4# jadi MR.CHU???????waaaa....tanakkkkk

hehehe

wish me luck ok
hopefully de tahi cannot dev seperti Mr.Chu la kan..kan..
hehe
sesaje entry ni tok fun2

bai bai

No comments: