Friday 2 December 2011

sakit lutut???


Arthritis


Pengenalan


Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak
dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan
"degenerative" atau kecacatan pada baka.


**

SAKIT LUTUT??

sapa cakap sakit lutut hanya berlaku pada orang tua

ianya boleh berlaku kepada golongan muda terutamanya wanita lingkungan 25 tahun ke atas

Pada yang aktif bersukan memang akan mula sakit lutut peringkat muda..

Pada yang bekerja/surirumah tu dalam lingkungan 40-an..


punca sakit lutut di kalangan wanita :
  • tulang punggung wanita lebih besar dari lelaki
  • Pergerakan ketika melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga pun boleh beri kesan jika dilakukan berpanjangan.
  • macam biasa masalah berat badan
  • pakai kasut bertumit..huhuhuh…
  • aktif bersukan
  • kurang minum susu
so kita semua kenalah jaga badan
umur bukannya makin muda kan
Amalan pemakanan yang bagus utk jaga lutut kita adalah :

Kacang Soya

  • Kajian menunjukkan mereka yang memasukkan soya dalam diet seharian mereka dapat mengurang rasa sakit lutut yang tidak selesa. Soya mengandungi isoflavones, hormon tumbuh-tumbuhan yang mempunyai bahan anti-radang (anti-inflammatory).

Buah-buahan

  • Memakan banyak buah-buahan mampu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit sumsum tulang (bone marrow lesion) yang merupakan salah satu punca sakit lutut. Vitamin C yang terkandung dalam buah melindungi sendi tulang lutut dan memperkuatkannya.

Ikan

  • Ikan dan minyak ikan mampu mengurangkan kesakitan sakit sendi tulang (arthritis). Kandungan Omega-3 dalam ikan mampu menghalang bahan kimia dan protein yang menyebabkan radang (inflammation) seterusnya menjadi osteoarthritis.

SUSU

  • menambahkan kalsium dalam badan kita. Kalsiumkan penting tuk tulang jadinya minum susu untuk kesihatan diri..
____________________________________________________
waaa
(T_T ' )
cb sedang mengalami sakit lutut
dah seminggu
busy and tak sempat lagi pergi check
just pakai tape je
_____________________________________________________




3 comments:

KatikSengal said...

ko kurang minum susu

Scharenaa said...

hehehe....bahek lah.lps ni minum susu lbh2 skit

Anonymous said...

Kalau anda mempunyai simptom sakit lutut/sendi atau bengkak, kebas cuba dapatkan minyak DABUS aromaterapi. Sapu di bahagian yang sakit 3-5 kali sehari. Sakit anda akan beransur kurang selepas 2-3 hari.